Bekas kardus terakhir mendarat di lantai ruang tamu dengan bunyi thaak yang tumpul. Habuk naik dari jubin, berbayang dalam cahaya petang yang masuk melalui tingkap tinggi. Nur Izzatul berdiri di tengah-tengah ruang yang masih kosong itu, memandang sekeliling dengan pandangan yang campur antara lega dan sayu.
Rumah ini cantik. Dua tingkat, lima bilik, halaman luas. Azman belinya dengan simpanan tiga tahun mengajar di pedalaman Pahang. "Rumah untuk Zatul," katanya masa menandatangani surat jual beli. "Abang tak kisah duduk kecil, asalkan Zatul dapat rumah besar."
Tapi hari ini, di saat kardus-kardus itu mula berlonggokan dan bau kotak basi memenuhi udara, Izzatul rasa rumah ini terlalu besar buat seorang.
"Bang, kotak yang tu ada barang dapur. Jangan bagi abang lori tindih atas kotak buku Zatul." Suaranya memecah kesunyian, lembut tapi tegas. Tabiatnya. Cakap ringkas, jelas, macam menyampah tapi sebenarnya sayang.
Azman berhenti mengangkat, menoleh dengan senyuman yang selalu buat Izzatul bergidik kecil. Senyuman yang sama sejak enam bulan lalu dia menjadi suaminya. Kemeja T putihnya lencun dengan peluh, lengan dilipat hingga ke siku, tapi matanya masih cerah.
"Iyee sayang. Abang tahu. Zatul masuklah dalam dulu, panas ni. Biar abang dengan budak-budak lori ni selesaikan yang berat-berat."
Izzatul mendekati suaminya, jarinya menyentuh hujung lengan baju Azman yang basah. "Abang tu yang kena rehat. Dari pagi tak berhenti. Nanti abang sakit, siapa nak manjakan Zatul?" Bisiknya, nada manja yang hanya dikhaskan untuk telinga suaminya. Di sekolah, tiada siapa pernah dengar Izzatul cakap macam ni. Di sana dia ustazah garang, kacamata tajam, suara boleh pecahkan cermin kelas.
Azman ketawa kecil, mencuit hidung isterinya yang kemerahan terkena bahang matahari. "Manjanya dia. Okey, lepas ni kita rehat ya? Abang janji."
Izzatul mengangguk, lalu berundur masuk ke dapur. Dia membuka tudung labuhnya yang ungu lembut, menyapu peluh dari dahi dengan bahagian dalam fabrik. Kacamatanya yang bingkai nipis sudah melongsor separuh ke bawah hidung, dia tolong betulkan dengan jari yang tersarung handsock hitam.
Di sebalik jubah biru gelap yang longgar itu, tersimpan susuk tubuh yang hanya Azman berhak melihat. Rahsia yang Izzatul jaga rapat, bukan kerana malu, tapi kerana maruah. Auratnya bukan untuk mata orang ramai.
Jam menunjukkan pukul lima setengah petang. Taman perumahan yang masih baru itu mula berisi dengan bunyi enjin kereta jiran-jiran pulang dari pekerjaan. Bunyi pintu garaj, bunyi kanak-kanak memanggil mak, bunyi kehidupan yang perlahan-lahan mewarnai kawasan yang sejak tiga bulan lalu masih sunyi.
Sebuah kereta pacuan empat roda berwarna gelap masuk perlahan ke petak parkir rumah sebelah. Rumah yang berdiri paling hampir dengan rumah Izzatul, hanya dipisahkan oleh pagar rendah setinggi dada dan satu jalur tanah berumput.
Seorang lelaki keluar dari kereta. Bertubuh tegap, kemeja pejabat lengan dilipat ke siku, rambut pendek kemas. Langkahnya terhenti apabila mata tertancap pada kesibukan di rumah hujung yang selama ini kosong.
Amir. Tiga puluh tahun. Jurutera di sebuah firma konsultan berdekatan. Tinggal seorang sejak dua tahun lalu, sejak pemindahan dari Kuala Lumpur.
Dari jauh, dia dapat melihat susuk tubuh seorang wanita bertudung labuh yang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki di muka pintu. Wanita itu membetulkan kacamata, lalu menyapu peluh dengan hujung tudung. Gerakannya tenang, terjaga, setiap langkah penuh dengan kesedaran terhadap batas.
Amir terpaku. Wajah wanita itu bersih, tanpa seurat solekan, namun memiliki daya tarikan yang susah diterangkan dengan kata-kata. Bukan jenis cantik yang menjerit. Tapi jenis cantik yang membisik. Yang semakin kuat bunyinya bila anda perhatikan lama-lama.
"Sesombong ustazah," bisik Amir pada diri sendiri. Tapi matanya tidak bergerak.
Dia melangkah menghampiri pagar rendah yang memisahkan halaman mereka. "Assalamualaikum," sapaannya dalam dan tenang.
Azman yang sedang mengelap peluh segera berpaling. "Waalaikumussalam. Eh, jiran sebelah ya?"
"Ya, saya Amir. Tinggal seorang je dekat sebelah ni. Baru pindah ke?" Amir menghulurkan tangan. Azman terima mesra. Di sebalik senyuman, mata Amir melirik ke arah Izzatul yang secara automatik menundukkan pandangan, membetulkan kacamata, dan berganjak sedikit ke belakang suaminya.
"Saya Azman. Haah, baru hari ni pindah masuk barang. Ini isteri saya, Izzatul. Dia mengajar dekat sekolah kawasan sini. Saya belikan rumah ni untuk dia duduk sebab saya kerja dekat Pahang. Pergi balik, pergi balik."
Amir mengangguk-angguk. Otaknya ligat memproses: isteri orang. Tinggal seorang. Suami jauh. Tiga maklumat yang membuka tiga pintu di dalam kepalanya.
"Oh, orang jauh rupanya. Jangan risau encik Azman, kawasan ni selamat. Kalau ada apa-apa masalah, boleh panggil saya dekat sebelah. Saya kerja dekat-dekat sini je, balik pun biasanya waktu macam ni lah." Amir melemparkan senyuman yang tampak ikhlas. Dan memang nampak ikhlas. Itul masalahnya.
"Terima kasih, Amir. Lega hati saya dengar. Sekurang-kurangnya ada jiran yang boleh tolong tengok-tengokkan isteri saya ni nanti." Azman ketawa, tidak menyedari dia baru sahaja menyerahkan kunci kepercayaan kepada tangan yang salah.
Izzatul hanya mengangguk kecil. Dia tidak menambah apa-apa, tidak senyum, tidak pun menjawab. Matanya kekal pada jubin lantai beranda. Dingin. Tegas. Macam memorandem yang dihantar tanpa perlu dibalas.
Amir perasan. Dan entah kenapa, kedinginan itulah yang buat dia makin ingin.
Sepanjang seminggu selepas itu, Azman benar-benar memanjakan Izzatul. Setiap sudut rumah dipastikan sempurna. Tirai dipasang, dapur disusun, paip dibaiki. Izzatul pula membalas setiap titik keringat suami dengan layanan yang hanya boleh diberi oleh seorang isteri yang sayang.
"Abang, tengok ni. Zatul masak asam pedas kegemaran abang. Makanlah banyak-banyak, lepas ni dah tak dapat nak rasa masakan Zatul hari-hari." Izzatul menyenduk nasi ke pinggan Azman sambil duduk bersila di lantai ruang tamu yang masih ada beberapa kotak belum dibuka.
Azman menyuap satu senduk, matanya terbeliak. "Sedap gila! Beruntungnya abang dapat isteri macam Zatul." Dia memuji macam baru pertama kali makan masakan Izzatul, padahal sudah enam bulan.
Mereka ketawa bersama, bunyi yang bergema di dinding rumah yang masih kosong perabot. Suasana itu hangat, mesra, dan cukup privasi. Hanya ditemani bunyi kipas berpusing dan sesekali deringan telefon yang diabaikan.
"Zatul kena jaga diri tau bila abang tak ada. Pintu kunci sentiasa. Kalau ada orang tak dikenali ketuk, jangan buka," pesan Azman dengan nada serius, sudu berhenti di tengah jalan ke mulut.
Izzatul tersenyum, menyandarkan kepala ke bahu suaminya yang bidang. "Abang ni. Zatul tahulah jaga diri. Lagipun Zatul kan garang? Orang tengok muka Zatul pun dah takut nak dekat. Abang seorang saja yang berani."
Mereka ketawa lagi. Tidak menyedari bahawa di sebalik dinding rumah sebelah, Amir sering berdiri di balkoni bilik atasnya pada waktu malam, cuba menangkap butir bicara atau tawa halus wanita yang mengganggu tidurnya sejak hari pertama dia berpindah.
Hari ketujuh tiba. Azman perlu berangkat pulang ke Pahang.
Di hadapan rumah, di bawah matahari pagi yang tidak berapa kuat, Izzatul menyalam dan mencium tangan suaminya lama. Dia menghirup aroma tubuh Azman, sabun mandi dan peluh yang sudah jadi bahagian dari diri lelaki itu. Bekalan rindu untuk seminggu mendatang, mungkin lebih.
"Abang balik dulu ya, sayang. Hujung minggu nanti abang datang lagi." Azman mencium dahi Izzatul. Bibirnya hangat di kulit yang dingin.
"Hati-hati bawa kereta, bang. Zatul tunggu abang kat sini." Mata Izzatul berkaca, tapi dia tidak menangis. Bukan di depan suaminya. Itu peraturannya sendiri.
Sebaik sahaja kereta Azman hilang di selekoh jalan mati, kesunyian mula menyelimuti rumah itu seperti kain kapan yang perlahan-lahan dilipat turun. Izzatul berpaling untuk masuk, dan matanya bertembung dengan Amir.
Lelaki itu berdiri di halaman sebelah, tangan dalam poket, memerhatikannya. Tidak berkata apa-apa. Hanya sebaris senyuman tipis yang penuh misteri. Bukan senyuman jiran. Bukan senyiman kawan. Tapi senyuman seorang lelaki yang tahu sesuatu yang orang lain tak tahu.
Izzatul segera melarikan pandangan dan masuk ke dalam. Kunci pintu. Putar dua kali. Dia bersandar di pintu seketika, menarik nafas. *Dia tu jiran je. Tak ada apa-apa.*
Tapi di luar, di bawah lindungan kegelapan malam yang akan datang, Amir merokok di berandanya. Asap naik perlahan, berputar di udara malam yang sunyi. Matanya terpaku pada tingkap tingkat atas rumah sebelah, di mana lampu bilik Izzatul masih menyala.
Dalam kepalanya, dia membayangkan.
Apa yang ustazah itu buat sekarang? Mandi? Membaca? Solat? Tidur?
Bayangan itu datang tanpa dijemput. Wanita itu menanggalkan tudung, rambutnya jatuh ke bahu. Kacamata ditanggalkan. Di sebalik jubah yang longgar itu, susuk tubuh yang tersembunyi.
Amir tarik asap dalam-dalam, hembus perlahan. Senyumannya melebar dalam gelap.
Setiap kali Izzatul menolaknya, setiap kali kedinginan itu menghentam, ia bukan menolak dia pergi. Sebaliknya, ia menariknya dekat. Macam magnet yang menolak kutub sama, tapi semakin kuat tolakannya, semakin kuat pula tarikan sebaliknya.
Amir tahu apa yang dia mahu. Bukan setakat kenal. Bukan setakakat kawan jiran. Dia mahu Izzatul yang garang itu mencair di tangannya. Dia mahu susuk tubuh yang tersembunyi di sebalik fabrik longgar itu menjadi miliknya, walaupun untuk seketika.
Dan dia sabar. Kerana kesabaran adalah senjata yang paling tajam.
Isnin pagi tiba dengan kedinginan yang menusuk hingga ke tulang. Bagi Nur Izzatul, loceng jam penggera pada pukul lima setengah pagi adalah permulaan jihad hariannya. Sebagai pendidik dan isteri, rutinnya bermula dengan sujud kepada Yang Maha Esa, lalu menyiapkan diri untuk medan ilmu.
Rumah dua tingkat itu terasa terlalu luas tanpa Azman. Biasanya, ada suara suami mengusik waktu sarapan, atau bunyi dia salah masuk bilik air waktu Izzatul tengah mandi. Kini, yang tinggal hanyalah gema langkah kakinya sendiri di atas jubin yang sejuk.
Pukul enam empat puluh lima pagi, Izzatul sudah siap. Jubah biru gelap, tudung labuh krep senada, kacamata dibersihkan, handsock hitam kemas. Dia memandang cermin. Imej seorang ustazah berwibawa, tegas, dan tidak boleh dipandang remeh. Cukup. Dia keluar.
Di sebelah rumah, Amir sudah lama terjaga. Sebenarnya, dia hampir tidak lena sejak seminggu. Bayangan Izzatul menyandarkan kepala ke bahu Azman pada petang kelmarin masih segar, mencetus rasa cemburu yang pelik dan keinginan yang membuak.
Dia berdiri di sebalik langsir bilik atas, memerhatikan Izzatul mengunci pintu. Apabila wanita itu membongkok sedikit untuk membetulkan tali beg, Amir menelan liur. Walaupun fabrik longgar, ada sesuatu yang tidak boleh disembunyikan sepenuhnya.
Dia segera turun, capai kunci kereta, dan berpura-pura mahu berangkat pada waktu yang sama.
Sebaik Izzatul membuka pintu pagar, Amir sudah berdiri di halaman sendiri. "Assalamualaikum, Ustazah! Awal gerak hari ni."
Izzatul tersentak kecil. Dia berpaling, tapi pandangannya kekal pada stereng kereta, bukan pada wajah Amir. "Waalaikumussalam. Ya, nak ke sekolah." Jawapannya ringkas, datar, tanpa emosi. Macam jawab mesin.
"Hati-hati memandu, Ustazah. Jalan ke arah sekolah tu biasanya sesak sikit dekat simpang depan." Amir mencuba, matanya tidak lepas dari wajah ayu itu.
Izzatul hanya mengangguk sekali. Tanda hormat paling minimum. Lalu memboloskan diri ke dalam Axia putihnya, hidupkan enjin, dan undur keluar tanpa menoleh.
Amir berdiri kaku, menghantar kereta kecil itu dengan pandangan yang sarat debaran. Jantungnya berdegup kencang. Baginya, kedinginan Izzatul bukan penolakan. Ia cabaran. Setiap kali tidak dilayan, setiap kali itulah keinginannya membuak.
Petang itu, pukul lima, Izzatul pulang dengan keletahan yang amat. Mengurus pelajar sekolah menengah benar-benar menguji kesabaran. Sebaik kereta diparkir, dia nampak Amir juga baru sampai. Lelaki itu keluar dari Ford gelapnya dengan wajah segar, macam tidak bekerja seharian.
"Ustazah! Macam mana hari pertama? Penat?" Amir melangkah lebih dekat ke pagar.
Izzatul sedang menjinjing beg dan bungkusan makanan, berjalan ke pintu. "Alhamdulillah, semuanya baik. Maaf, saya masuk dulu. Banyak kerja nak kena tanda." Langkahnya tidak perlahan.
"Ustazah!" panggil Amir lagi.
Izzatul terhenti. Tidak berpaling.
"Saya ada beli kuih lebih tadi dekat gerai depan. Kalau Ustazah tak keberatan, saya sangkutkan dekat pagar ya? Rezeki jiran." Nada Amir lembut, hampir merayu.
Izzatul terdiam. Jika dia menolak terlalu keras, nanti dikata sombong, tidak menjaga hubungan berjiran yang ditekankan dalam Islam. Tapi jika dia terima, dia bimbang Amir ambil kesempatan. Akhirnya, pilihannya: "Terima kasih. Letaklah situ. Assalamualaikum."
Pintu tertutup. Kunci diputar.
Di luar, Amir tersenyum lebar. Walaupun perbualan itu tidak sampai seminit, dan walaupun Izzatul tidak memandangnya, dia rasa satu kebahagiaan yang pelik. Bukan kebahagiaan dapat berkawan. Tapi kebahagiaan seorang pemburu yang baru meletakkan umpan pertama di tempat yang betul.
Malam itu, Izzatul makan kuih pemberian Amir sambil video call dengan Azman. Rasa kuih itu manis, lembut, macam buatan tangan, bukan kedai. Ada satu saat dia berhenti mengunyah, menatap kuih itu, lalu menelan rasa bersalah yang naik ke kerongkong.
"Abang, jiran sebelah tu... dia ada bagi kuih tadi."
"Oh, bagus lah tu. Amir memang macam tu, dia memang peramah. Abang pesan kat dia masa abang pergi, tolong tengok-tengokkan Zatul." Azman ketawa di skrin.
Izzatul terpaksa senyum. "Yelah, bang."
Selepas panggilan tamat, dia duduk memandang bungkusan kuih yang sudah kosong. Tangananya menyapu muka. *Ini cuma kuih. Jiran bagi kuih. Biasa je.*
Tapi di luar, dalam kegelapan malam, Amir merokok di berandanya. Asap naik perlahan. Matanya terpaku pada tingkap bilik Izzatul yang masih berlampu. Dalam kepalanya, dia membayangkan ustazah itu membaca buku, menandakan latihan, atau mungkin baring di katil dengan kacamata masih terpasang.
Setiap kali Izzatul menolaknya, setiap kali kedinginan itu menghentam, ia bukan menolak dia pergi. Sebaliknya, ia menariknya dekat. Macam magnet yang menolak kutub sama, tapi semakin kuat tolakannya, semakin kuat pula tarikan sebaliknya.
Amir tarik asap dalam-dalam, hembus perlahan. Senyumannya melebar dalam gelap.
Dia tahu apa yang dia mahu. Bukan setakat kenal. Bukan setakat kawan jiran. Dia mahu Izzatul yang garang itu mencair di tangannya. Dan dia sabar. Kerana kesabaran adalah senjata yang paling tajam.
Langkah pertama sudah dibuat. Kuih di pagar. Senyuman di pagi hari. Nombor akan datang. Teguran akan menjadi perbualan. Perbualan akan menjadi kebiasaan. Dan kebiasaan, bila suami jauh, boleh menjadi perkara yang lebih berbahaya dari yang sesiapa sangka.
Amir matikan puntung rokoknya, masuk ke rumah. Tingkap Izzatul masih berlampu.
*Bersabarlah, ustazah. Saya akan datang perlahan-lahan. Dan anda tidak akan sedar sampai dah terlambat.*
ns216.73.216.67da2

will be deducted